Sunday, April 7, 2019

29hb - 30hb Mac 2019,saya diberi peluang mengikuti kursus Continuing Tourism Related Education (CTRE) di Kampung Orang Asli Peta. Kursus CTRE,atau Pendidikan  Berterusan Berkaitan Pelancongan, diberikan kepada pemandu pelancong seperti saya sebagai syarat wajib untuk memperbaharui lesen  memandu  dan sebagai pembangunan  professional  kerjaya pelacongan.

Bermula dari tol Air Hitam,perjalanan selama sejam ke pekan Kahang, kami berhenti seketika di stesen minyak Caltex untuk isi penuh tangki.Sebab lepas ini kami harus merempuh 28km pertama melalui ladang kelapa sawit, trek yang agak tidak sekata dan bergelora pada awalnya, diikuti dengan jalan bertar untuk 22km terakhir sebelum tiba di Kampung Peta. Kampung Peta kini boleh diakseskan dengan kenderaan biasa seperti kereta sedan dan juga motorsikal. Tetapi, adalah baiknya kalau dapat 4X4.

Kampung Peta merupakan salah sebuah kampung Orang Asli yang dibina di bawah Program Penempatan Tersusun (PPT) yang terletak di daerah Mersing, Johor. Kedudukannya yang berhampiran kawasan Taman Negara Johor Endau-Rompin dan di pinggir Sungai Endau memastikan perjalanan selama hampir dua jam untuk sampai dari pekan Kahang.Penduduk Orang Asli Jakun di Kampung Peta dianggarkan lebih 200 orang. Namun begitu jumlah tersebut tidak termasuk mereka yang berhijrah keluar sama ada disebabkan oleh belajar, berkahwin mahupun bekerja.

Kampung Peta mempunyai sejarahnya yang tersendiri.Pada Perang Dunia ke-2, pihak British dan masyarakat Orang Asli telah meredah kawasan hutan yang sekarang ini dikenali sebagai Hutan Endau-Rompin dan telah digazetkan sebagai Taman Negara pada tahun 1993. Sewaktu meredah, mereka menjumpai sekeping peta yang dikatakan menunjukkan lokasi terletaknya harta karun tinggalan Jepun. Sempena peristiwa tersebut, kampung Orang Asli yang dibina pada waktu itu diberi nama Kampung Peta.

Kursus CTRE kali ini menyentuh mengenai Entomotourism ,Primate Tourism ,Anuran Tourism ,Phyto Tourism.

Entomotourism adalah sebahagian daripada pelancongan berasaskan alam yang menggunakan serangga sebagai produk. Secara teorinya, "entomo" dalam bahasa Latin menunjukkan serangga dan menggabungkan dengan "pelancongan" merujuk kepada aktiviti rekreasi yang melibatkan serangga sebagai sebahagian daripada aktiviti.Hutan Malaysia menyokong populasi serangga pada jumlah yang amat besar dan boleh dipromosikan sebagai destinasi pelancongan alam yang baik. Selain itu, keunikan morfologi dan tingkah laku serangga akan mempesona pelawat, dengan itu memperkenalkan dan mempromosikan serangga sebagai tarikan pelancongan baru.Tahukah anda bahawa salah satu ciri ciri serangga adalah ia harus mempunyai 6 kaki sahaja dan mempunyai antena?

Primate Tourism, di mana para pelancong mengembara dan melihat kehidupan primat liar dalam persekitaran semulajadi mereka, adalah industri yang berkembang pesat, dan berpotensi untuk memberi sumbangan penting kepada pemuliharaan spesis primat terancam. Primat merupakan  mamalia dalam order primates, antaranya termasuklah prosimia, dan simia (monyet dan beruk).Untuk memaksimumkan nilai pelancongan sebagai alat pemuliharaan untuk primata, adalah penting untuk menyiasat secara serentak penduduk tempatan, pelancong, primata, dan sifat dan akibat interaksi di antara mereka. Maklumat sedemikian hendaklah disebarkan dengan berkesan kepada mereka yang terlibat dalam pelancongan primat. Lotong cenekah merupakan sejenis primat yang kian terancam dan hanya terdapat di negeri Johor.

Anuran Tourism, merupakan produk pelancongan semula jadi yang melibatkan katak dan kodok.Taman Negara Endau Rompin merupakan tempat perlindungan yang paling penting hidupan liar di Semenanjung Malaysia menyediakan pelbagai jenis mikrohabitat kepada pelbagai jenis biodiversiti termasuk kewujudan dan pembiakan anurans (katak dan kodok). Anuran telah mendominasi planet ini kira-kira 350 juta tahun lalu. Kini kira-kira 6,766 spesis anuran telah dikenalpasti di seluruh dunia  Setiap tahun, spesis baru telah ditemui, dan jumlah keseluruhan spesis ini terus meningkat.Di Taman Negara Endau Rompin sahaja telah  mencatatkan sejumlah 52 jenis anuran dalam tempoh selama 30 tahun penyelidikan.Anurans Tourism bertujuan untuk memulihara persekitaran semula jadi, termasuk anurans, serta meningkatkan kesejahteraan penduduk tempatan yang terlibat. Data empirikal yang diperolehi daripada kajian membuktikan bahawa Anuran Tourism dapat memenuhi empat kriteria potensi: endemisme, kebolehpercayaan penampakan, daya tarikan morfologi, dan kaitan dengan budaya tempatan. Para pengiat fotografi kini sering menjayakan ekspidisi penggambaran di sepanjang sungai Endau-Rompin.


Wednesday, March 20, 2019

How are you guys doing? My name is XEM,age 39.Father to my son,have a very loving wife.My parents both have retired.Thus the whole family's hope now falls onto my responsibility.Parents who hailed from the Indian-Chinese hybrid family or more easily known as Chindian.Grown Up in the Malay community and studied Chinese education since childhood.It has been the uniqueness of my personality. XEMPRO is always been my trademark.

I really like to travel since school days and love to read articles as well as to watch videos on YouTube about beautiful attraction places around the world, including Malaysia.
Often,I am entrusted by my group partners to make plans, preparations, booking tour drivers, hotel rooms and flight tickets.
Our preferences then usually choose tourist destinations in Indonesia and Thailand. It continues for several years until 2014, during "Visit Malaysia Year" campaign. I had recommended to our group friends to visit Kundasang, Sabah.However,the feedback received was regretful.Worse by their terrible criticisms and how they had degraded the quality of the tourism in Malaysia.

"What is so special in Malaysia?"

Damn...!!! How dare you!That was completely insane!Now you feel me?

I was feeling disappointed at that moment.After that I had stopped traveling abroad and started to focus on the local tourism industry.I had launched my own version of Kembara Johor or venture Johor mission and visited few districts in Johor with my loved ones.
It was so surprising to come to know how amazing to discover those hidden germs in Johor soil itself. It has a very unique tourism value and has high commercial potential.Historical elements,nature parks,arts,agriculture,local cuisines,education and medical facilities.

"What is so special about Pontian that we are going to stay for 3 days 2 nights?" My parents asked.All these while only thing they knew about Pontian is just their famous seafood and seaside holiday chalets.End up,even 3 nights were not enough!Batu Pahat/Yong Peng/Segamat,3 days definitely not quite satisfying!Talking about Muar,at least one week,if you want to explore the true value of history,the value of culinary,the value of the local communities!Result matters.Every pictures and posts uploaded to FB.My friend who once cursed,now has a changed mind.

You have made it XEM! The love for my homeland is growing day by day,the passions and lust to discover even more,burning desires in my heart.
It's a missed that the info about these secluded tourism industries continue to be hidden and being kept to my knowledge alone. There are so many people in the world that are potentially have same mentality like my friends.I have to do something!The prayer is answered.I was given the opportunity to take a tour guide course under the Ministry of Tourism Malaysia in 2017.
In December 2017,i was authorized and carrying task and mission to help tourists both from local and international,introducing the beauty of Malaysia.



 For those of you who want to:
* discover the hidden germs of Malaysia
* teach your children to learn about the legacy of our civilization
* to strengthen family friendship
* give your employees a relaxing space to build their spirits
* feel proud and appreciate of God's gift to our country
* make you to forget about stress at your workplace
* give your wife a break,she will loves you even more
* Want to further expand your business empire
* Want to find opportunities to invest in various local industries and fields

I would like to help you solve above mentioned problems. Email or leave your comment below for further details. Kindly viral.
Apa khabar semua? Nama saya XEM,umur 39 tahun.Bapa kepada seorang anak, mempunyai isteri yang amat penyayang.Ibubapa saya sudah bersara.Maka seluruh harapan keluarga kini jatuh ke atas tanggungjawab saya.Berasal daripada keluarga kacukan India-Cina atau lebih senang dikenali sebagai Chindian.Membesar di komuniti masyarakat Melayu dan menerima pendidikan di sekolah aliran Cina.Maka ia telah mencorakkan keunikan personaliti saya.

Saya memang suka melancong sejak tamat persekolahan dan suka membaca artikel serta menonton video di YouTube mengenai kawasan peranginan Indah di merata dunia,termasuk Malaysia.
Selalunya,saya sering diamanahkan oleh rakan kumpulan untuk membuat rancangan,persediaan,tempah tour driver,bilik hotel dan tiket penerbangan.
Lazimnya akan memilih destinasi pelancongan di Indonesia dan Thailand.Ini berterusan selama beberapa tahun sehinggalah pada tahun 2014,ketika kempen Tahun Melawat Malaysia.Saya cadangkan kepada rakan kumpulan kami untuk melawat Kundasang,Sabah.Tetapi, maklumbalas yang terima amat menyesalkan.Kritikan yang lebih dahsyat mereka merendahkan mutu kualiti lokasi pelancongan di Malaysia.

"Kat Malaysia ada apa?"

Perrgghh..!!! Punyanyalah rasa marah dan tercabar.Kurang asam kau!

Tulah perasaan saya pada ketika itu.Sejak itu saya berhenti melancong ke luar negeri dan tumpukan perhatian kepada industrial pelancongan tempatan. Saya melancarkan misi Kembara Johor versi sendiri dan melawat setiap daerah di negeri Johor sendiri bersama keluarga tersayang.
Alangkah terkejutnya bila dapat tahu di tanah bumi Johor sendiri mempunyai nilai pelancongan yang amat unik dan mempunyai potensi komersial yang tinggi. 

"Apa ada kat Pontian sampai nak tinggal 3 Hari 2 Malam?" Parents saya tanya.Last last,3 malam pun tak cukup!Batu Pahat/Yong Peng/Segamat,3 hari memang tak cukup tak puas! Kat Muar, sekurang-kurangnya nak seminggu,kalau nak betul betul hayati nilai sejarah,nilai culinary,nilai masyarakat tempatan!Result matters.Setiap gambar dan post upload kat FB.Sampai terkedu rakan rakan saya yang pernah kutuk dulu.

Puas hati aku! Rasa cinta terhadap tanah air ku semakin membuak,membara di sanubari ini.
Sayanglah kan kalau info info mengenai industri pelancongan terpencil ini terus terpendam dan pengetahuan saya sahaja. Mungkin ramai lagi di dunia ni sama macam rakan rakan saya itu.I must do something!Doa terjawab,tuhan makbulkan dan saya diberi peluang untuk mengikuti kursus pemandu pelancongan di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 2017.
Bulan Disember 2017,maka mulalah tugas saya untuk membantu para pelancong di dalam dan luar negara,memperkenalkan keunikkan keindahan keunggulan dan kecantikan tanah airku Malaysia.


Kepada anda yang ingin:
* mengenali hidden germs Malaysia
* mengajar anak-anak anda mengenali warisan tamadun Kita
* mengerat hubungan silaturahim keluarga
* memberi lapangan minda kepada kakitangan tempat kerja anda bagi membina semangat mereka
* merasa bangga dengan kurniaan tuhan kepada negara Kita
* membuat anda melupakan seketika stress di tempat kerja anda
* beri isteri anda masa untuk berehat seketika
* ingin mengembangkan lagi empayar bisnes anda
* ingin mencari peluang melabur di pelbagai industri tempatan

Saya ingin bantu anda menyelesaikan masalah di atas.Sila PM untuk butiran selanjutnya.Mohon sharekan.