Apa khabar semua? Nama saya XEM,umur 39 tahun.Bapa kepada seorang
anak, mempunyai isteri yang amat penyayang.Ibubapa saya sudah
bersara.Maka seluruh
harapan keluarga kini jatuh ke atas tanggungjawab saya.Berasal daripada keluarga kacukan India-Cina atau lebih senang dikenali sebagai Chindian.Membesar di komuniti masyarakat Melayu dan menerima pendidikan di sekolah aliran Cina.Maka ia telah mencorakkan keunikan personaliti saya.
Saya
memang suka melancong sejak tamat persekolahan dan suka membaca artikel
serta menonton video di YouTube mengenai kawasan peranginan Indah di
merata dunia,termasuk Malaysia.
Selalunya,saya sering diamanahkan
oleh rakan kumpulan untuk membuat rancangan,persediaan,tempah tour
driver,bilik hotel dan tiket penerbangan.
Lazimnya akan memilih
destinasi pelancongan di Indonesia dan Thailand.Ini berterusan selama
beberapa tahun sehinggalah pada tahun 2014,ketika kempen Tahun Melawat
Malaysia.Saya cadangkan kepada rakan kumpulan kami untuk melawat
Kundasang,Sabah.Tetapi, maklumbalas yang terima amat
menyesalkan.Kritikan yang lebih dahsyat mereka merendahkan mutu kualiti
lokasi pelancongan di Malaysia.
"Kat Malaysia ada apa?"
Perrgghh..!!! Punyanyalah rasa marah dan tercabar.Kurang asam kau!
Tulah perasaan saya pada ketika itu.Sejak itu saya berhenti melancong
ke luar negeri dan tumpukan perhatian kepada industrial pelancongan
tempatan. Saya melancarkan misi Kembara Johor versi sendiri dan melawat
setiap daerah di negeri Johor sendiri bersama keluarga tersayang.
Alangkah terkejutnya bila dapat tahu di tanah bumi Johor sendiri
mempunyai nilai pelancongan yang amat unik dan mempunyai potensi
komersial yang tinggi.
"Apa ada kat Pontian sampai nak tinggal 3
Hari 2 Malam?" Parents saya tanya.Last last,3 malam pun tak cukup!Batu
Pahat/Yong Peng/Segamat,3 hari memang tak cukup tak puas! Kat Muar,
sekurang-kurangnya nak seminggu,kalau nak betul betul hayati nilai
sejarah,nilai culinary,nilai masyarakat tempatan!Result matters.Setiap
gambar dan post upload kat FB.Sampai terkedu rakan rakan saya yang
pernah kutuk dulu.
Puas hati aku! Rasa cinta terhadap tanah air ku semakin membuak,membara di sanubari ini.
Sayanglah kan kalau info info mengenai industri pelancongan terpencil
ini terus terpendam dan pengetahuan saya sahaja. Mungkin ramai lagi di
dunia ni sama macam rakan rakan saya itu.I must do something!Doa
terjawab,tuhan makbulkan dan saya diberi peluang untuk mengikuti kursus
pemandu pelancongan di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun
2017.
Bulan Disember 2017,maka mulalah tugas saya untuk membantu
para pelancong di dalam dan luar negara,memperkenalkan keunikkan
keindahan keunggulan dan kecantikan tanah airku Malaysia.
Kepada anda yang ingin:
* mengenali hidden germs Malaysia
* mengajar anak-anak anda mengenali warisan tamadun Kita
* mengerat hubungan silaturahim keluarga
* memberi lapangan minda kepada kakitangan tempat kerja anda bagi membina semangat mereka
* merasa bangga dengan kurniaan tuhan kepada negara Kita
* membuat anda melupakan seketika stress di tempat kerja anda
* beri isteri anda masa untuk berehat seketika
* ingin mengembangkan lagi empayar bisnes anda
* ingin mencari peluang melabur di pelbagai industri tempatan
Saya ingin bantu anda menyelesaikan masalah di atas.Sila PM untuk butiran selanjutnya.Mohon sharekan.

No comments:
Post a Comment