29hb - 30hb Mac 2019,saya diberi peluang mengikuti kursus Continuing Tourism Related Education (CTRE) di Kampung Orang Asli Peta. Kursus CTRE,atau Pendidikan Berterusan Berkaitan Pelancongan, diberikan kepada pemandu pelancong seperti saya sebagai syarat wajib untuk memperbaharui lesen memandu dan sebagai pembangunan professional kerjaya pelacongan.
Bermula dari tol Air Hitam,perjalanan selama sejam ke pekan Kahang, kami berhenti seketika di stesen minyak Caltex untuk isi penuh tangki.Sebab lepas ini kami harus merempuh 28km pertama melalui ladang kelapa sawit, trek yang agak tidak sekata dan bergelora pada awalnya, diikuti dengan jalan bertar untuk 22km terakhir sebelum tiba di Kampung Peta. Kampung Peta kini boleh diakseskan dengan kenderaan biasa seperti kereta sedan dan juga motorsikal. Tetapi, adalah baiknya kalau dapat 4X4.
Kampung Peta merupakan salah sebuah kampung Orang Asli yang dibina di bawah Program Penempatan Tersusun (PPT) yang terletak di daerah Mersing, Johor. Kedudukannya yang berhampiran kawasan Taman Negara Johor Endau-Rompin dan di pinggir Sungai Endau memastikan perjalanan selama hampir dua jam untuk sampai dari pekan Kahang.Penduduk Orang Asli Jakun di Kampung Peta dianggarkan lebih 200 orang. Namun begitu jumlah tersebut tidak termasuk mereka yang berhijrah keluar sama ada disebabkan oleh belajar, berkahwin mahupun bekerja.
Kampung Peta mempunyai sejarahnya yang tersendiri.Pada Perang Dunia ke-2, pihak British dan masyarakat Orang Asli telah meredah kawasan hutan yang sekarang ini dikenali sebagai Hutan Endau-Rompin dan telah digazetkan sebagai Taman Negara pada tahun 1993. Sewaktu meredah, mereka menjumpai sekeping peta yang dikatakan menunjukkan lokasi terletaknya harta karun tinggalan Jepun. Sempena peristiwa tersebut, kampung Orang Asli yang dibina pada waktu itu diberi nama Kampung Peta.
Kursus CTRE kali ini menyentuh mengenai Entomotourism ,Primate Tourism ,Anuran Tourism ,Phyto Tourism.
Entomotourism adalah sebahagian daripada pelancongan berasaskan alam yang menggunakan serangga sebagai produk. Secara teorinya, "entomo" dalam bahasa Latin menunjukkan serangga dan menggabungkan dengan "pelancongan" merujuk kepada aktiviti rekreasi yang melibatkan serangga sebagai sebahagian daripada aktiviti.Hutan Malaysia menyokong populasi serangga pada jumlah yang amat besar dan boleh dipromosikan sebagai destinasi pelancongan alam yang baik. Selain itu, keunikan morfologi dan tingkah laku serangga akan mempesona pelawat, dengan itu memperkenalkan dan mempromosikan serangga sebagai tarikan pelancongan baru.Tahukah anda bahawa salah satu ciri ciri serangga adalah ia harus mempunyai 6 kaki sahaja dan mempunyai antena?
Primate Tourism, di mana para pelancong mengembara dan melihat kehidupan primat liar dalam persekitaran semulajadi mereka, adalah industri yang berkembang pesat, dan berpotensi untuk memberi sumbangan penting kepada pemuliharaan spesis primat terancam. Primat merupakan mamalia dalam order primates, antaranya termasuklah prosimia, dan simia (monyet dan beruk).Untuk memaksimumkan nilai pelancongan sebagai alat pemuliharaan untuk primata, adalah penting untuk menyiasat secara serentak penduduk tempatan, pelancong, primata, dan sifat dan akibat interaksi di antara mereka. Maklumat sedemikian hendaklah disebarkan dengan berkesan kepada mereka yang terlibat dalam pelancongan primat. Lotong cenekah merupakan sejenis primat yang kian terancam dan hanya terdapat di negeri Johor.
Anuran Tourism, merupakan produk pelancongan semula jadi yang melibatkan katak dan kodok.Taman Negara Endau Rompin merupakan tempat perlindungan yang paling penting hidupan liar di Semenanjung Malaysia menyediakan pelbagai jenis mikrohabitat kepada pelbagai jenis biodiversiti termasuk kewujudan dan pembiakan anurans (katak dan kodok). Anuran telah mendominasi planet ini kira-kira 350 juta tahun lalu. Kini kira-kira 6,766 spesis anuran telah dikenalpasti di seluruh dunia Setiap tahun, spesis baru telah ditemui, dan jumlah keseluruhan spesis ini terus meningkat.Di Taman Negara Endau Rompin sahaja telah mencatatkan sejumlah 52 jenis anuran dalam tempoh selama 30 tahun penyelidikan.Anurans Tourism bertujuan untuk memulihara persekitaran semula jadi, termasuk anurans, serta meningkatkan kesejahteraan penduduk tempatan yang terlibat. Data empirikal yang diperolehi daripada kajian membuktikan bahawa Anuran Tourism dapat memenuhi empat kriteria potensi: endemisme, kebolehpercayaan penampakan, daya tarikan morfologi, dan kaitan dengan budaya tempatan. Para pengiat fotografi kini sering menjayakan ekspidisi penggambaran di sepanjang sungai Endau-Rompin.
No comments:
Post a Comment